Monday, February 21, 2011

Antara Keluarga dan Kerjaya...

Orang kata keluarga dan kerjaya biarlah seimbang.....tapi macam mana pulak kalau kita terpaksa memilih salah satu...kalau bukan untuk selamanya pun mungkin untuk sementara....boleh kah kita korbankan keluarga untuk lebih maju dalam kerjaya...atau mungkin kita terpaksa lupakan niat untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi dalam kerjaya demi untuk keluarga yang sentiasa memerlukan kita....
Hemmmm....susah sebenarnya untuk membuat keputusan tambah2 bila keadaan sangat2 memerlukan kita berada bersama keluarga...
Ini lah yang kuhadapi....terpaksa mengundur diri...kenapa??? kerana memikirkan yang anak2 lebih memerlukan aku di samping mereka....tambahan en.husband dah habis belajar dan akan kembali bekerja meninggalkan aku bersama 2 hero ku....kesian pulak kalau aku turut pergi meninggakan mereka untuk menyambung pengajian...nak dibawa bersama..hemmm rasanya tak mampu nak menguruskan mereka berdua tanpa en.husband ditambah lagi dengan tuntutan study yang dah tentu berjela2 list yang perlu dibaca...assignment lagi....sekarang pun tak pernah mampu menyelesaikan kerja2 yang dibawa balik utk disiapkan di rumah....
Nak ditinggalkan kepada mak dan ayah...kesian pulak kat mak dan ayah...ya la kalau sekarang cuma jaga Adib sorang sahaja tu pun siang ja...ni nak kena jaga kedua-dua siang dan malam....ayah pulak dapat extra work....nak menghantar Adam ke sekolah...nak ajar Adam buat homework lagi...bkn senang sebab Adam mudah jemu...buat sikit dah tak larat..nak kena pujuk lagi.....dan lagi satu...Adib masih banyak follow up dengan pakar...dengan ENT la...Plastic surgeon la ...pedodontist...dan sekarang baru nak start speech therapy....dan banyak lagi yang akan menyusul....tak kan la tanggungjawab membawa Adib review dengan semua specialist ni pun nak serahkan kat mak dan ayah...nampak macam lari dari tanggungjawab la pulak..lagipun, di umur mak ayah yang hampir mencecah 60 tahun tak nak lah dibebankan dengan tanggungjawab menjaga cucu pulak....
So..dengan berat hati keputusan diambil untuk ketepikan dulu cita2 dan impian demi anak2...sementara saja sehingga keadaan Adib stabil mungkin.....tengoklah macam mana keadaannya nanti....InsyaAllah kalau ada rezeki kalau dah memang takdir menentukan cita2 pasti akan tercapai jugak...akan ku usahakan.....harap2 berbaloilah pengorbanan yang tak seberapa ini....

3 comments:

  1. takpalah semah, lambat lg nak umur 40, insya Allah kalo ada rezki bole smbg bila2 nnti, kalo aku di tempat hg, kemungkinan besar bt decision yg sama jgk...
    mmm pyh jugak kawin tentera ni...

    ReplyDelete
  2. thanks wani sbb baca blog aku nih..hahahaha... malu la pulak...tah apa2 aku tulis....
    hem..tu la berat gak hati ni..tapi nak buat macam mana kan....bila bincang2 dgn bakri dia suruh aku decide..nak smbg ka atau nak resign bukak private...klau btl2 xnak smbg cari jalan utk bukak private...tp buat masa ni aku memilih utk xberganjak lg la dok kat sini ja dulu...klau bkk private pun susah gak byk benda nak fikir...
    lps ni aktiviti bakat lagi aku nak kena join...awal2 lg dia dah ingatkan klau bakat buat aktiviti kena ambik cuti join...patut la kan isteri2 askar ni byk yg xkeja...

    ReplyDelete
  3. xpa2....InsyaAllah...nt rezki tu dtg lg...chayo2!!!!always pray d best 4 u.....

    ReplyDelete