Thursday, June 16, 2011

berita sedih.....

Tadi dapat call dr officer yg saya ada sebut dlm n3 sblm ni....yang sarat mengandung tu....
masa angkat phone tu dengar suara dia teresak2 menangis....dalam hati macam2 fikir sebab pagi tadi dia ada sms yg dia mc sebab kandungan bermasalah.....
Dan memang itu pun yg dia nak bgtau pada saya tadi...esok dia akan di induce...baby yang dikandung selama hampir 36 minggu meninggal dalam kandungan....macam nak gugur jantung saya mendengarnya...betapa besarnya dugaan Allah padanya....setelah 3 tahun lebih menunggu berita gembira....setelah bermacam2 usaha dilakukan....akhirnya dia berjaya mengandung...pada asalnya kandungan kembar tapi hanya satu sahaja yang survive...dan akhirnya yang satu ini juga turut kembali kepada Penciptanya...tiada apa yang saya mampu katakan padanya...takut apa yg saya katakan membuatkan dia lebih sedih.....saya tak pandai nak menenangkan orang...hanya mendengar tangisannya sahaja....biarlah...biarlah dia menangis sepuas2nya kalau itu dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung.....dan sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita hadapi....
Saya sangat faham perasaannya...kerana saya juga pernah diuji...walaupun tak seberat yang ditanggung beliau tetapi cukup memberikan kesan yang sangat mendalam...dan saya juga menangis sepanjang malam.....dan atas sokongan insan2 yang saya sayangi..saya lenyapkan segala kesedihan dan hadapi dengan penuh redha....
Tapi dugaan yg beliau tanggung jauh lebih besar dari saya....namun saya sangat yakin dia mampu menghadapinya...kerana selama ini saya melihat dia lebih tabah dan kuat dibanding dengan saya.....
Memikirkan tentang dia menyebabkan saya tak dapat tidur....terfikir2 kalau saya yang membebankan dia dengan kerja2 di klinik sehingga mungkin menyebabkan kesihatannya terganggu....tapi seingat saya...saya yang sibuk bertanya keadaan dia bila melihat dia seperti keletihan....tak tahu la apa masalah sebenarnya...tak sampai hati nak tanya lebih2 takut bertambah lagi sedihnya.....
Insyaallah esok kalau ada kelapangan saya akan melawat beliau di hospital....dan saya mendoakan Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada beliau dan suami untuk menghadapi dugaan ini....dan yang pasti anak itu menanti ibu dan bapanya disyurga.....

1 comment:

  1. maybe hanya seorg ibu saja yg tau perasaan kehilangan anak... teringat pulak masa pi melawat limah last year, aku pulak yg teriak lebih masa peluk dia, tak boleh imagine kalau aku yg berada di tempat dia :(((
    tolg sampaikan salam takziah, ni officer hg yg aku jumpa last yr kan?

    ReplyDelete